PruBSN Anggun

Pelan lengkap dan menyeluruh yang direka eksklusif untuk wanita pada setiap peringkat hidup di mana ia memberikan perlindungan penyakit khusus wanita termasuk sokongan untuk penyakit mental dan rawatan kesuburan, yang pertama di pasaran, melalui rider Mom Care.

Ekslusif untuk Wanita

Pelan eksklusif untuk wanita pada peringkat kehidupan yang berbeza yang menawarkan perlindungan penyakit khusus untuk wanita, manfaat kesejahteraan, peluang pelaburan dan untuk melakukan kebajikan.

Ganjaran dan Bantuan Tunai

Kami bersama anda pada setiap detik-detik penting dalam kehidupan anda melalui Manfaat Peringkat Hidup seperti melangsungkan perkahwinan, dianugerahkan Master atau PhD, melahirkan anak dan pelbagai lagi.

Ekslusif untuk Wanita

Melalui rider Mom Care, kami melindungi bakal ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak mereka daripada penyakit kongenital. Ia dilengkapi dengan Manfaat Penjagaan Kesuburan yang memberikan bantuan untuk merealisasikan cita-cita untuk menjadi seorang ibu.

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

RM50

Kelayakan Umur

19 hingga 60 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Rider Mom Care
19 hingga 40 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Tamat Tempoh Perlindungan

70 atau 80 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Rider Mom Care
50 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Jumlah Perlindungan Minimum

RM25,000

Rider Mom Care
RM10,000

Ciri-ciri

Ekslusif untuk Wanita
Pelan eksklusif untuk wanita pada peringkat kehidupan yang berbeza yang menawarkan perlindungan penyakit khusus untuk wanita, kesejahteraan, pelaburan dan pada masa yang sama memberi peluang untuk melakukan kebajikan.

Mampu Milik
Pilih perlindungan yang paling sesuai mengikut keperluan dan bajet perlindungan anda, dari serendah RM50 sebulan!

Fleksibel
Pilih amaun perlindungan pilihan anda, tempoh perlindungan dan lampirkan manfaat pilihan rider tambahan yang bersesuaian dengan keperluan anda untuk perlindungan yang menyeluruh.

Manfaat

Manfaat Kematian

Jumlah Perlindungan Asas termasuk nilai tunai sijil.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Jumlah Perlindungan Asas termasuk nilai tunai sijil.

Perlindungan ini adalah sehingga tarikh luput sijil atau tarikh ulang tahun sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur 70 tahun pada hari lahir yang akan datang, mana-mana yang terdahulu.

Manfaat Penyakit Wanita

Kanser Wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk
Apabila didiagnosis, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah nilai tunai akan dibayar sekaligus, ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada pemulihan anda.

Karsinoma-In-Situ Wanita
Apabila didiagnosis, 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sekaligus kepada anda.

Walaupun Jumlah Perlindungan Asas akan berkurangan apabila didiagnosis Karsinoma-In-Situ Wanita, Jumlah Perlindungan Asas yang berkurangan akan kembali kepada 100% Jumlah Perlindungan Asas yang asal selepas 6 bulan daripada diagnosis Karsinoma-In-Situ Wanita, jika tiada keadaan buruk yang berlaku dalam tempoh tersebut

Manfaat Penjagaan Wanita

30% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar apabila didiagnosis dengan salah satu daripada keadaan, penyakit, kecederaan atau kejadian berikut kepada orang yang dilindungi:

i) Pembedahan Pembaikan Prolaps Uterus yang Teruk;
ii) Artritis Reumatoid dengan Komplikasi;
iii) Retakan Osteoporotik – Pinggul atau Vertebra;
iv) Pembedahan Rekonstruktif Wajah akibat Kemalangan atau Kanser;
v) Pemindahan Kulit Akibat Melecur atau Kanser Kulit;
vi) Lumpektomi Payudara atau Mastektomi Akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan;
vii) Pembedahan Pembentukan Semula Payudara Selepas Mastektomi Akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan;
viii) Pembedahan Pembuangan Organ Reproduktif Wanita Akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan

Maksimum dua tuntutan dibenarkan untuk Manfaat Penjagaan Wanita, tertakluk kepada satu tuntutan bagi setiap keadaan yang dilindungi.

Manfaat Penjagaan Mental

Bayaran balik lawatan konsultasi psikoterapi pesakit luar sehingga 10% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau maksimum RM5,000, apabila didiagnosis dengan salah satu keadaan Gangguan Mental yang dilindungi.

i) Gangguan Depresi yang Teruk;
ii) Depresi selepas Bersalin (post partum);
iii) Gangguan Keresahan Menyeluruh;
iv) Gangguan Obsesif Kompulsif;
v) Gangguan Bipolar; atau
vi) Skizofrenia

Boleh dituntut untuk satu keadaan.

Manfaat Peringkat Hidup

Manfaat Peringkat Hidup akan dibayar untuk peristiwa yang dilindungi seperti di bawah:

i) Perkahwinan
ii) Membeli Hartanah;
iii) Menunaikan Haji atau Umrah;
iv) Pendidikan Pascasiswazah (Ijazah Sarjana atau PhD);
v) Melahirkan Anak atau Pengambilan Anak Angkat Secara Sah
vi) Kematian Pasangan
vii) Persaraan

Untuk item i) hingga v), 3% daripada Jumlah Perlindungan Asas bagi setiap peristiwa yang dilindungi;

Untuk item vi) hingga vii), sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas*

*Ditolak sebarang tuntutan sebelumnya untuk Manfaat Peringkat Kehidupan di bawah item i) hingga v).

Jumlah keseluruhan yang boleh dituntut di bawah Manfaat Peringkat Hidup adalah hingga maksimum 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas.

Nilai Matang

Apabila tempoh matang, anda akan menerima jumlah nilai tunai sijil anda.

Rider yang Boleh Disertakan

Mom Care

Cancer Protector

Takaful Saver

Ihsan

Dapatkan khidmat rundingan secara PERCUMA.

Hubungi kami hari ni!

Muat Turun

Kami sedia untuk membantu anda bagi memastikan carian anda ditemui.

Kukuhkan pelan anda dengan manfaat tambahan

Mom Care

Mom Care direka khas untuk melindungi bakal ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak mereka daripada penyakit konginetal. PruBSN juga memperkenalkan Penjagaan Kesuburan, ciri pertama di pasaran dengan memberikan bantuan untuk merealisasikan cita-cita untuk menjadi seorang ibu.

Cancer Protector

Melindungi simpanan anda daripada kos rawatan kanser yang semakin meningkat

Takaful Saver

Selangkah lebih dekat dengan matlamat masa depan anda.